blog

Home / Archive by category "blog"
Ayam Masak Lemak Cili bersama Rempah Kari Dlanggar

Ayam Masak Lemak Cili bersama Rempah Kari Dlanggar

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam ( perap bersama 1 sudu besar rempah Kari Daging Dlanggar)
1/2 biji santan
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
2 batang serai - ketuk

Bahan kisar:
1 sudu besar cili giling
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar bersama serai hingga harum.
2. Masukkan ayam yg telah diperap dgn rempah kari dan masak hingga ayam separuh masak.
3. Tambahkan air masak hingga mendidih kemudian tambahkan santan dan gaul sebati.
4. Masukkan asam keping. Masak lagi hingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila ayam masak sepenuhnya, sedia untuk dihidang.

Mee Goreng Berempah Memukau

Mee Goreng Berempah Memukau

Bahan-bahan

1 paket Mee Kuning (basuh & tos)
1 paket Fishball
1 ikat Sawi
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1/2 sudu kecil Rempah Kari Kg Langgar
1/2 sudu kecil Rempah Kerutut Kg Langgar
3 sudu besar Kicap Manis
2 sudu besar Sos Tomato
1 sudu kecil Sos Tiram
Minyak
Garam
Gula

 

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
2. Tumis rempah kari dan kerutuk hingga naik bau, kemudian masukkan semua sos dan kicap. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan fishball.
4. Tambahkan kicap, sos tiram dan perah asam limau. Garam dan gula secukup rase.
5. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.

Nasi Lemak Premium Kak Sya dengan Ayam Organik Berempah

Nasi Lemak Premium Kak Sya dengan Ayam Organik Berempah

Nasi Lemak

3 cwn Beras Basmathi (basuh dan tos)
2 batang Serai (dititik)
2 sudu kecil Halba
2 biji Bawang Merah (dihiris halus)
1/2 inci Halia (diketuk)
3/4 Santan Kotak
Garam

1. Masukkan halba, serai dan bawang merah ke dalam beras. Tambah air secukupnya. Tanak beras hingga air kering di atas api sederhana.
2. Kacau dan tambahkan santan kotak. Kacau rata. Tambahkan juga garam dan kacau. Kecilkan api. ( Tambah air jika nasi masih belum masak )
3. Siap untuk dihidang.

 

Sambal Ikan Bilis Mata Biru

250g Ikan Bilis Mata Biru
4 sudu besar Cili Giling
2 biji Bawang Besar
2 biji Bawang Merah
6 ulas Bawang Putih
1 batang Serai
1/4 Santan Kotak
1 sudu kecil Asam Jawa
Minyak
Garam
Gula

1. Kisar serai, bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
2. Tumis bahan2 yg telah dikisar hingga kekuningan dan naik bau.
3. Tambah cili giling dan tumis hingga pecah minyak. ( Tambahkan air jika terlalu kering bagi memudahkan cili masak )
4. Tambahkan asam jawa yg dicairkan bersama air suam dan masak hingga mendidih.
5. Masukkan ikan bilis dan masak selama 5 minit. Tambahkan santan dan kacau hingga mendidih.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sebati.
7. Sedia untuk dihidang.

Ayam Berempah Organik

1/2 paket Rempah Ayam Goreng Dlanggar Delight
1 ekor ayam Organik dipotong dan dicuci bersih
3 sudu besar Tepung Jagung
Minyak
Garam

1. Gaul sebati dan perap ayam bersama rempah ayam goreng selama 1-2 jam (atau perap semalaman untuk rasa rempah ayam yg lebih sebati).
2. Panaskan minyak.
3. Gaulkan tepung jagung dan garam, kemudian salutkan ayam yg sudah diperap dengan tepung jagung dan goreng hingga ayam masak.

Hidang nasi lemak ( sambal ikan bilis dan ayam berempah) bersama telur rebus, timun, kacang tanah dan ikan bilis untuk hidangan yang pastinya memukau 😆.

Kuzi Kambing cecah Roti Pratha – our IG customer @sayjue

Kuzi Kambing cecah Roti Pratha – our IG customer @sayjue

Bahan bahan :
Daging kambing (kamek beli dalam 500gm)
3 sudu makan Rempah kuzi (Perapkan kambing dengan rempah kuzi dalam sejam)
Sos tomato
Natural yogurt
Garam & gula secukup rasa (kamek pakey brown sugar)
Bawang holland potong 4

Bahan kisar :
Bawang merah+bawang putih+halia+ cili kering. Blend sekali. (Mun dah ada cili boh pun boleh)

Cara masak :
1. Dalam kuali,masukkan minyak. Dah panas, masukkan bahan kisar. Nait bau, masukkan daging dan gaul rata.
2. Bila daging dah agak lembut, masukkan sos tomato. Pasya masukkan yogurt. Masak sampey pecah minyak.
3. Masukkan gula dan bawang. Gaul sebati. Tutup api. Masukkan garam secukup rasa.

Masakan Kari Ayam

Masakan Kari Ayam

Bahan bahan:
6 ketul ayam - perap bersama sedikit rempah kari
1 biji kentang - potong 4
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 asam keping
1/2 cawan susu full cream
Air secukupnya
5 sudu besar rempah kari Kg Langgar
Kayu manis, bunga lawang
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

1. Panaskan minyak dan tumis rempah kasar bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kuning.
2. Masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Masak dengan menggunakan api perlahan sehingga naik minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
3. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan pula susu dan masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam.
Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Sedia untuk dihidang.

Masakan Kurma Ayam

Masakan Kurma Ayam

Bahan- Bahan

½  ekor ayam
1 biji bawang besar
1 biji buah tomato
2 biji kentang
1 paket santan
1 biji lada merah
Minyak masak
Garam

Bahan untuk Tumis

2 sudu besar rempah Kurma
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak, tumis rempah kasar hingga naik bau kemudian masukkan bawang putih yang telah diketuk bersama bawang besar yang telah dihiris.
  2. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Goreng hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga separuh masak pada api sederhana. Masukkan juga kentang yang dipotong empat, masak hingga empuk.
  4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang besar, tomato dan lada merah yang dipotong empat dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah menjadi pekat. Sedia untuk dihidang.
Masakan Kerutuk Daging

Masakan Kerutuk Daging

Bahan- Bahan

½ kg daging

Bahan A
50 gram rempah Kerutuk Kg Langgar ( ½ paket kecil )
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
½ inci halia

1 biji santan
5 sudu besar kelapa parut (untuk dibuat kerisik)
¼ gula Melaka
1 sudu kecil asam jawa
2 sudu sos tomato
2 biji kentang

Cara-Cara Membuat Kerisik

1. Goreng kelapa parut tanpa minyak dengan api sederhana sehingga garing.
2. Tumbuk kelapa yang telah digoreng sehingga keluar minyak.

Cara-Cara

1. Blend kesemua bahan A. Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dilumur rata pada daging sebagai perapan, manakala selebihnya ditumis. Gaulkan juga sedikit garam dan rempah kerutuk pada daging yang telah disapu bahan A tadi.
2. Panaskan minyak, tumis bahan A bersama rempah yang telah dicampur sedikit air sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan masak mengunakan api kecil sehingga daging ½ masak.
4. Masukkan santan dan masak sehingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan kerisik dan asam jawa.
6. Gaul sebati, dan masukkan kentang, bawang besar dan lada hijau.
7. Tambahkan gula Melaka dan garam secukup rasa. Masukkan juga sos tomato.
8. Apabila kuah kelihatan pekat, siap untuk dihidang.

Masakan Kuzi Ayam

Masakan Kuzi Ayam

Bahan- Bahan
1 ekor ayam

Bahan untuk Perap
½ inci halia
5 ulas bawang putih
Sedikit garam

Bahan untuk Goreng
½ kg bawang merah dihiris halus
½ cawan badam dipotong panjang
½ cawan kismis

Bahan untuk Tumis
4 sudu besar rempah Kuzi
Baki bawang putih dan halia dari perapan ayam
½ tin susu sejat
½ botol sos tomato Del Monte/ Heinz
¼ gula Melaka
Garam
Minyak masak

Cara-Cara

  1. Tumbuk atau blend halia dan bawang putih. Lumur rata pada ayam bersama sedikit garam. Baki pes tadi disimpan untuk ditumis.
  2. Panaskan minyak, goreng bawang merah (hingga garing), badam dan kismis secara berasingan dan tos. Kemudian goreng ayam yang telah diperap sehingga sedikit kekuningan (½ masak) dan tos.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis pes bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air. Goreng hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan susu sejat, bawang merah yang telah digoreng tadi dan sos tomato. Kacau hingga sebati. Masukkan air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
  5. Akhir sekali, masukkan ayam, badam dan kismis yang telah digoreng. Kemudian tambahkan gula Melaka dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah menjadi pekat. Sedia untuk dihidang.